ADC Driving Institute 
  • Halaman
  • Prosedur
  • Pilihan Terbaik
  • Promosi
  • Yuran
  • Galeri Foto
  • Lokasi
  • Hubungi Kami
  • Daftar Online

Lesen Memandu Malaysia

Langkah-langkah untuk mendapatkan lesen memandu

Picture
  1. Daftar untuk masuk Kelas TEORI KPP 5 jam (diadakan setiap hari sabtu dan ahad sahaja). 

  2. Tempahan untuk ujian berkomputer (Ujian Teori Bhg. 1).

  3. Daftar untuk kelas ‘Bengkel’- 6 jam. Pra ‘L’ (LDL); Pengenalan Asas-asas komponen kenderaan.

  4. Latihan Memandu bersama dengan Jurulatih yang berkelayakan SPIM/SM2 untuk 8 jam.

  5. Pra-Ujian Institut Memandu ADC dikendalikan oleh Jurulatih yang bertauliah (QTI test 2 jam).
     
  6. Ujian Amali dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

  7. Selepas LULUS Ujian Amali Lesen ‘P’ (PDL) akan dikeluarkan
Share |
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-

  1. Lesen Memandu Pelajar (LDL)

    Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.

  2. Lesen Memandu Percubaan (PDL)

    Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL)

    Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

  4. Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial

    Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

  5. Permit Memandu Antarabangsa (IDP)

    Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
Share |

Cara-cara Mendapatkan Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia

Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (Jenis kecil) tanpa apa jua masalah.

Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang mendatanganinya.

Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke negara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.

Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak trafik dan lain-lain semasa berada di sana.

Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? 
Anda hanya perlukan:
  1. Lesen domestik original Kelas B2 atau D Sah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
  2. Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas.
  3. Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah).
  4. 2 Keping gambar passport.
  5. Mengisi Borang JPJ L1.
  6. Bayaran RM150 setahun.

Pergi saja ke mana-mana pejabat JPJ diselurh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat AAM (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada JPJ. Seseorang itu tidak diizinkan mempunyai dua lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat JPJ untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun dibandingkan dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.

Bagaimana Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia 
Syarat-syaratnya adalah:
  1. Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.
  2. Sediakan 2 keping gambar warna berukuran "passport".
  3. Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.
  4. Isi borang tertentu yang boleh didapati di kaunter.
  5. Bayaran adalah RM150 untuk setahun.


 (ehsan: pusat maklumat rakyat,Jabatan Penerangan Malaysia)
***Sumber maklumat ini dipetik daripada PIMA***

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran

Salinan:
1. Kad Pengenalan (I/C), No Polis / Tentera, Pasport. 
2. Dua keping gambar berukuran passport untuk Driving Lesen ‘L’ dan ’P’.

Kelas lesen memandu

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc 
  • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
  • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg 
  • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
  • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Share |
Halaman | Lokasi | Prosedur | Pilihan Terbaik | Yuran | Blog | Galeri Foto | Hubungi 
Powered by Create your own unique website with customizable templates.